KESILAPAN dilakukan oleh Pas Terengganu dalam isu logo melibatkan Jalur Gemilang adalah satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku dan perlu menjadi pengajaran bermula kepada mereka pada masa hadapan
Penganalisis politik, Dr Mazlan Ali berkata, sebagai antara parti yang lantang membidas kesalahan melibatkan bendera Malaysia pada masa-masa lalu, Pas sepatutnya faham akan kesan daripada perbuatan tersebut.
“Perkara ini tak (sepatutnya berlaku), macam mana boleh disiarkan begitu, sepatutnya ia perlu ada satu unit yang jaga perkara-perkara seperti ini.
“Sebelum ini (Pas beri) reaksi keras terhadap akhbar Cina, kita pun rasa kesal juga dengan akhbar Cina (yang sebelum ini melakukan kesalahan), tetapi tiba-tiba berlaku juga kepada Pas,” katanya ketika dihubungi UtusanTV, hari ini.
Semalam, Pas Terengganu membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung logo himpunan Teguh Memimpin Terengganu (TMT) 2025 yang mencetuskan kontroversi, berikutan memaparkan bintang Jalur Gemilang tanpa jumlah bucu lengkap.
Baca artikel lain: Jenazah Konstabel Akmal Wafi selamat dikebumikan
Sekretariat program itu memaklumkan, pihaknya sudah menarik semula penggunaan logo berkenaan dan mengeluarkan versi baharu yang dikemas kini.
“Kami ingin memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai dan penyokong atas kesilapan yang tidak disengajakan, serta sudah mengambil tindakan segera untuk menarik balik penggunaan logo berkenaan.
“Versi logo himpunan TMT 2025 yang diperbetulkan kini sudah dikeluarkan dan akan digunakan dalam semua bahan promosi serta pengumuman rasmi yang akan datang,” katanya melalui kenyataan.
Pada masa sama, Mazlan berkata, oleh kerana permintaan maaf telah dikemukakan dan sudah menjadi satu keperluan untuk semua pihak menerimanya kerana ia merupakan perbuatan kali pertama.
Beliau yakin kesalahan tersebut tidak disengajakan dan tak akan berlaku lagi kejadian sama pada masa hadapan sekiranya Pas benar-benar mengambil pengajaran atas apa yang sudah berlaku.
“Kita ini dalam beberapa perkara mesti ada timbang tara, maksudnya kalau satu pihak sudah memohon maaf, kita pertimbangkanlah tetapi jika diulang kali kedua, berlaku lagi yang itu tak bolehlah.
“Mungkin dalam isu ini editorial terlepas pandang, perkara ini berlaku. Hal ini memberi pengajaran kepada Pas bahawa apa yang berlaku kepada akhbar Cina yang sudah minta maaf ertinya kita kena timbangkan kemungkinan dia silap,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

