Polis tahan suami Pamela Ling awal pagi tadi

Dari Penulis

SUAMI kepada Datin Seri Pamela Ling Yueh, wanita yang dilaporkan hilang sejak 9 April lalu telah ditahan polis, awal pagi tadi bagi membantu siasatan kes tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan, lelaki berusia 50-an itu telah ditahan di sekitar ibu negara.

Bagaimanapun, kata beliau, permohonan reman yang dibuat di Mahkamah Putrajaya telah ditolak.

“Buat masa ini, individu terbabit masih dalam tahanan polis dan sedang disoal siasat bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, suami kepada Pamela Ling merupakan antara individu yang disiasat polis susulan kehilangan wanita itu.

Baca artikel lain: SPRM nafi pegawai ‘tekan’ Pamela Ling semasa disiasat

Beliau berkata selain suami kepada wanita terbabit, pihaknya turut mengenal pasti beberapa individu lain namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Pamela Ling, 42, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menaiki kereta perkhidmatan e-panggilan pada 9 April.

Pemandu e-hailing terbabit kemudian membuat laporan polis, mendakwa wanita itu ‘dibawa pergi’ oleh tiga individu didakwa menyamar sebagai anggota polis sejurus kenderaan mereka tiba berhampiran bangunan SPRM.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta pengecaman nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan penculik mendedahkan kenderaan itu adalah palsu dan digunakan secara terancang, dipercayai untuk mengaburi siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Balogun jadi wira, AS mula langkah kanan

TUAN rumah bersama Piala Dunia 2026, Amerika Syarikat (AS) memulakan kempen bagi edisi temasya bola sepak terbesar dunia itu...

More Articles Like This