Nahas FRU: Pemilik syarikat lori sudah dipanggil beri keterangan

Dari Penulis

PEMILIK syarikat lori telah dipanggil memberi keterangan kepada polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, siasatan memberi tumpuan kepada tiga aspek utama iaitu kecuaian manusia, faktor teknikal dan juga elemen persekitaran.

Katanya, ia dijalankan secara menyeluruh dengan kerjasama Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan beberapa pihak berkepentingan lain.

“Syarikat terbabit telah kita panggil semalam bagi mendapatkan maklumat tambahan berkaitan siasatan. Pemilik syarikat hadir dan memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Baca artikel lain: Republik Tatarstan miliki potensi besar untuk diterokai, Malaysia sedia perkukuh hubungan dua hala – PM

Dalam nahas pada Selasa lalu, sebuah trak FRU yang membawa 18 anggota dari Unit 5 Sungai Senam bertembung dengan sebuah lori membawa muatan batu kerikil di Kilometer 15 Jalan Chikus–Sungai Lampam.

Lapan anggota disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.

Beliau berkata, siasatan polis setakat ini dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan seramai 15 individu dalam kalangan saksi polis dan orang awam telah dipanggil untuk memberi keterangan.

“Fokus utama sekarang ialah kepada mereka yang benar-benar berada di lokasi dan melihat kejadian berlaku. Ini kerana konvoi melibatkan tujuh kenderaan dan tidak semua berada dalam jarak yang sesuai untuk menyaksikan insiden dengan jelas,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This