Tiada zon larangan terbang semasa Sidang Kemuncak ASEAN – CAAM

Dari Penulis

TIADA zon larangan terbang bagi pesawat udara diisytiharkan di lokasi berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 Mei ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata sebarang sekatan atau larangan penerbangan kekal terpakai di kawasan telah digazetkan dan diumumkan secara rasmi melalui dokumen Penerbitan Maklumat Aeronautik (AIP) dan notis kepada juruterbang (NOTAM).

“Semua pihak disarankan merujuk maklumat ini bagi memastikan pematuhan kepada peraturan semasa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Baca artikel lain: PM gesa negara Islam contohi model kerjasama ASEAN

Selain itu, beliau turut memaklumkan penggunaan dron di kawasan sekitar KLCC sempena Sidang Kemuncak ASEAN itu turut dibenarkan sepanjang persidangan berlangsung.

Beliau berkata pihaknya sentiasa menjalinkan kerjasama rapat dengan agensi keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi tujuan pengawasan, kawalan serta penyelarasan aktiviti penerbangan yang melibatkan unsur keselamatan dan ketenteraman awam.

“CAAM turut bekerjasama dengan agensi kerajaan lain seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bagi sebarang aktiviti penerbangan dron di dalam negara.

“Kerjasama ini penting bukan sahaja dalam konteks kawalan ruang udara, tetapi juga memastikan setiap penerbangan yang beroperasi di Malaysia mematuhi peraturan keselamatan ditetapkan,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This