Petronas, Petros capai persetujuan bekerjasama ikut PDA

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KERAJAAN Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak bersetuju mencapai kesepakatan dalam isu Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) melalui kaedah rundingan dalam bentuk Kenyataan Bersama atas semangat persekutuan.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, persetujuan itu adalah hasil dari pertemuan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama barisan kepimpinan tertinggi Petronas dan Petros 9 Mei lalu.

Menurut PMO, Kenyataan Bersama yang ditandatangani oleh Perdana Menteri dan Premier Sarawak merupakan prinsip-prinsip asas yang telahpun dipersetujui untuk mempermudahkan rundingan seterusnya antara Petronas dan Petros.

Jelas PMO, Kenyataan Bersama itu memperakui undang-undang Persekutuan dan Negeri, kedudukan perjanjian-perjanjian sedia ada dan pembentukan rangka kerja kerjasama di antara Petronas dan Petros.

“Antara lain (yang terkandung dalam deklarasi bersama) adalah semua undang-undang Persekutuan dan Negeri Sarawak yang berkaitan dengan pengagihan gas di dalam Negeri Sarawak hendaklah wujud secara bersama dan dihormati oleh semua pihak yang menjalankan aktiviti berkenaan di Negeri Sarawak, termasuk Petronas dan Petros.

“Petronas juga akan meneruskan fungsi, aktiviti, tanggungjawab dan kewajipan sepertimana yang diamanahkan kepada Petronas di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA 1974) dan peraturan-peraturan di bawahnya.

“Ketiga, mana-mana undang-undang di Negeri Sarawak tidak akan menjejaskan mana-mana perjanjian dan pengaturan antara Petronas dan anak-anak syarikatnya dengan pihak ketiga termasuk Petros, yang berkaitan dengan aktiviti Petronas dan anak-anak syarikatnya di Negeri Sarawak,” jelas PMO.

Terdahulu, Perdana Menteri dan Premier Sarawak menandatangani satu deklarasi yang menandakan persefahaman Petronas dan Petros untuk mengusahakan kegiatan minyak dan gas secara bersama mengikut lunas peruntukan undang-undang Persekutuan dan negeri Sarawak.

Perdana Menteri berkata, melalui pemeteraian deklarasi itu, kedua-dua peruntukan berkenaan akan dihormati dengan dua entiti dalam industri minyak terbabit akan bergerak bersama demi kepentingan bersama.

Dalam kenyataan sama, kedua-dua pihak turut bersetuju dan memperakui pelantikan Petros oleh Kerajaan Sarawak sebagai agregator gas berkuat kuasa 1 Mac lalu.

“Pelantikan ini hendaklah dihormati oleh semua pihak yang menjalankan perniagaan pemasaran, pengedaran dan pembekalan gas kepada pengguna domestik di Sarawak.

“Selain itu, sebarang perjanjian dan pengaturan antara Petronas atau anak syarikatnya dengan pihak ketiga bagi tujuan penjualan LNG (gas asli cecair) dari sektor huluan hingga ke pengeksportan LNG kepada pihak-pihak antarabangsa akan kekal tidak terjejas,” katanya.

Turut terkandung dalam deklarasi terbabit adalah mengenai hal perundangan. Semua undang-undang Persekutuan dan Sarawak yang berkaitan dengan pengagihan gas di dalam negeri Sarawak hendaklah wujud secara bersama dan dihormati oleh semua pihak yang menjalankan aktiviti di negeri itu, termasuk Petronas dan Petros.

Tambahnya, deklarasi bersama itu merangkumi prinsip-prinsip asas yang sudah dipersetujui untuk mempermudahkan rundingan seterusnya antara Petronas dan Petros.

Katanya, melalui deklarasi itu, persefahaman dicapai bagi Petronas dan Petros yang diminta mengadakan perbincangan bagi tujuan meluaskan kerjasama bagi keperluan gas domestik Negeri Sarawak.

“Pertama, kerjasama dalam projek-projek penyaluran bekalan gas sehingga 1.2 bilion kaki padu sehari bagi menyokong Pelan Hala Tuju Gas Sarawak.

“Kedua, membabitkan lain projek tenaga hijau, hidrogen dan penjanaan elektrik yang mungkin dilaksanakan oleh Petronas dan Petros, selaras aspirasi negeri Sarawak.

“Ketiga, semua perbincangan lanjut mengenai kerjasama mesti tertakluk kepada daya maju komersial dan teknikal. Bagi tujuan projek masa depan di Sarawak yang membabitkan rakan kongsi antarabangsa, Petronas akan bekerjasama dengan Petros,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lebih 1,000 pusat beli-belah dilengkapi fasiliti kitar semula, lonjak ekonomi kitaran

KEPUTUSAN Jemaah Menteri melaksanakan penyediaan Fasiliti Pengitaran Semula (FPS) di lebih 1,000 pusat beli-belah seluruh negara membuktikan komitmen Kerajaan...

More Articles Like This