Kereta langgar lori ketika buat pusingan U, dua warga asing maut

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

DUA warga asing maut selepas kenderaan dinaiki mereka melanggar sebuah lori yang membuat pusingan U di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin, Lebuh AMJ, Tiang Dua, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kemalangan pada jam 5.30 pagi tu kedua-dua mangsa yang maut, Abdulla Shaied, 47, lelaki warga Bangladesh dan penumpangnya wanita Vietnam, Nguyen Thanh Loan, 46.

Kedua-dua meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan parah di kaki badan dan muka manakala pemandu lori berusia 48 tahun tidak cedera.

“Siasatan awal mendapati lori itu dari arah Jasin menghala ke kilang ayam berhampiran lokasi kejadian manakala kereta jenis Nissan berkenaan pula dari arah Melaka menuju Jasin.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, lori itu telah membuat pusingan U memasuki laluan kereta menyebabkan pemandu kereta melanggar bahagian sisi lori,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, siasatan menemukan kesan brek sejauh 45 meter di permukaan jalan di laluan kereta berkenaan

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata pihaknya menerima panggilan pada 5.53 pagi dan dua jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil dan BBP Merlimau digegaskan ke lokasi.

Beliau berkata sebaik tiba kira-kira 6.04 pagi, terdapat dua mangsa iaitu penumpang dan pemandu kereta tersepit di bawah lori.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PM arah KPT, KKM selesaikan isu pengiktirafan graduan farmasi Universiti Alexandria

PERDANA Menteri mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan (KKM) memuktamadkan penyelesaian berhubung isu pengiktirafan kelayakan program Doktor...

More Articles Like This