Inisiatif JS-SEZ tarik minat, keyakinan tinggi pelabur – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

INISIATIF Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah berjaya menarik minat dan keyakinan tinggi dalam kalangan pelabur untuk melabur di Johor.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Persekutuan akan terus menyokong usaha memastikan infrastruktur dan kemudahan berada pada tahap tertinggi.

Katanya, ia demi memperkukuh keyakinan pelabur serta memastikan kejayaan menyeluruh JS-SEZ sebagai pemangkin bertumbuhan baharu Johor.

“Saya menghargai taklimat Menteri Besar (Johor) berkenaan kemajuan pelaburan luar, khususnya di JS-SEZ.

“Alhamdulillah, inisiatif antara dua negara ini telah berjaya menarik minat dan keyakinan tinggi dalam kalangan pelabur untuk melabur di Johor,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam hantaran sama, Perdana Menteri memaklumkan tiba di Johor pagi tadi untuk menghadiri beberapa perencanaan penting bermula dengan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Johor di Kota Iskandar bersama Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan pimpinan negeri serta Persekutuan.

Menurut Perdana Menteri, beliau telah menegaskan komitmen terhadap tadbir urus yang cekap dan berintegriti khususnya dalam aspek pengurusan, kewangan dan pentadbiran dalam mesyuarat khas tersebut.

Katanya, ia termasuk soal keselamatan dan kesihatan rakyat dalam pelaksanaan projek yang melibatkan perolehan peralatan serta perkhidmatan.

Baca artikel lain: Lawatan PM ke Rusia pintu masuk Malaysia teroka industri halal Asia Tengah

Anwar menegaskan, kerajaan Persekutuan dan negeri perlu menerapkan pendekatan berhikmah dan berfikir di luar kotak agar penjimatan yang dicapai dapat disalurkan kepada keperluan lain yang lebih mendesak terutama dalam bidang kesihatan awam dan pendidikan.

“Kerajaan negeri turut membentangkan projek pembangunan yang menjadi keutamaan di Johor.

“Ia termasuk isu bekalan air mentah, sistem akses di CIQ Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar, pengoperasian Hospital Pasir Gudang, hal ehwal tanah serta beberapa projek pra-pelaksanaan yang sedang dirancang,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan tiba di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar bagi menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Johor itu pada 10.15 pagi dengan disambut Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi Datuk Nor Azmie Diron, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Datuk Zamzuri Abdul Aziz, Setiausaha Kerajaan Johor Tan Sri Azmi Rohani serta barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Mesyuarat berkenaan berlangsung kira-kira sejam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This