Kuala Lumpur siap sedia untuk Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46, delegasi luar mula tiba

Dari Penulis

MALAYSIA mulai menerima delegasi diplomatik dari pelbagai negara petang ini untuk menyertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Mesyuarat Berkaitan di ibu negara.

Antaranya ialah Menteri Negara Emiriah Arab Bersatu (UAE), Khalifa Shaheen Almarar yang tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 2.16 petang.

Turut tiba hari ini ialah Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn pada 2.40 petang, diikuti Timbalan Menteri Hal Ehwal Pelbagai Hala Antarabangsa Arab Saudi, Abdulrahman Al-Rassi pada 3 petang.

Baca artikel lain: Isu Myanmar dan Gaza jadi tumpuan mesyuarat ASEAN hari ini

Menteri Luar dan Kerjasama Timor-Leste Bendito dos Santos Freitas pula tiba pada 5 petang manakala Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Vietnam, Bui Thanh Son tiba di lapangan terbang pada 5.45 petang.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 26 dan 27 Mei, bersama-sama dengan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang julung kali diadakan.

Sidang Kemuncak ASEAN ini akan menghimpunkan pemimpin-pemimpin dari negara anggota untuk membincangkan perkembangan serantau dan melakar hala tuju masa depan kumpulan serantau itu.

Ini merupakan kali kelima Malaysia menjadi pengerusi ASEAN, selepas menerajui blok serantau itu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hadi sahkan pertemuan pemimpin Pas dan UMNO, beri bayangan penyatuan parti politik Melayu

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan berlaku pertemuan antara pemimpin parti itu dengan UMNO, malam tadi. Ia susulan...

More Articles Like This