Kewibawaan Nurul Izzah wajar dinilai dengan adil – Anwar

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEWIBAWAAN Nurul Izzah Anwar yang berjaya menumpaskan Datuk Seri Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden PKR wajar dinilai dengan adil berasaskan kekuatan dan sumbangannya kepada perjuangan parti.

Sehubungan itu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan nepotisme yang dimainkan sesetengah pihak susulan kemenangan Nurul Izzah.

Menurut Anwar, Nurul Izzah telah dipilih oleh akar umbi PKR menerusi proses demokratik.

“Menjawab dakwaan nepotisme yang dimainkan sesetengah pihak, saya menghimbau kembali saat Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) tampil menakhodai parti ini di waktu paling getir, tatkala seluruh instrumen kekuasaan digunakan untuk memadam obor perjuangan Keadilan.

“Ketika itu, tidak kedengaran sebarang suara melontarkan tuduhan nepotisme.

“Namun, apabila Izzah mara menerusi proses demokratik dan meraih sokongan anggota parti secara terbuka, tuduhan ini tiba-tiba dimainkan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, Anwar memaklumkan, PKR tidak boleh terperangkap dalam naratif musuh.

Jelasnya, parti itu seharusnya tegas melawan naratif yang cuba memutarbelit perjuangannya.

Baca artikel lain: Biro Politik PKR mesyuarat hujung bulan, tumpu PRN Sabah – Anwar

“Kita tidak takut diuji kerana Keadilan lahir daripada ujian. Kita tidak gentar dikecam kerana Keadilan diasaskan atas keberanian untuk melawan kezaliman dan ketidakadilan.

“Keadilan akan terus menjadi suara rakyat dengan mengangkat agenda ekonomi yang membela golongan rentan, meroboh tembok penindasan dan tekal memacu reformasi serta tadbir urus yang lebih telus, bersih dan berwibawa. Perjuangan ini belum berakhir,” katanya.

Perdana Menteri turut menyeru agar pimpinan dan ahli parti terus mengangkat tinggi prinsip keadilan, memperkukuh integriti dan dengan tegas menolak politik sempit berasaskan perkauman serta fitnah yang menjadi mainan pihak pembangkang.

Beliau berkata PKR bukan sekadar sebuah parti politik kerana ia adalah wadah perjuangan yang dibina atas keringat, air mata dan keyakinan rakyat bahawa Malaysia mampu diurus dengan lebih adil, saksama serta berprinsip.

“Justeru, kesetiaan kita tidak harus berpaksi kepada individu sebaliknya kepada idealisme perjuangan ini. Ayuh kita bangkit bersama, bergerak sederap dan mengukuh kembali saf perjuangan agar kita lebih bersedia menghadapi medan pilihan raya yang penuh cabaran. Perjuangan ini belum berakhir,” katanya.

Semalam, Nurul Izzah melakar kemenangan besar pada pemilihan PKR menewaskan penyandang Datuk Seri Rafizi Ramli untuk diangkat sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2025-2028, yang menyaksikan perubahan ketara dalam kepimpinan tertinggi parti itu.

Nurul Izzah, 44, memperoleh 9,803 undi berbanding 3,866 yang diraih Rafizi sekali gus menjadikan beliau wanita pertama memegang jawatan nombor dua parti itu yang sebelum ini didominasi oleh pemimpin lelaki.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar gesa kuasa pertengahan jadi jambatan dunia, bukan terperangkap persaingan kuasa besar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa negara-negara kuasa pertengahan memainkan peranan lebih aktif sebagai jambatan persefahaman global ketika...

More Articles Like This