Nurul Izzah sasar PKR tanding 13 kerusi pada PRN Sabah

Dari Penulis

TIMBALAN Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menggesa supaya PKR diberikan 13 kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

“Kita kena minta Presiden (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk berunding untuk kita dapatkan 13 kerusi untuk negeri Sabah.

“Kita kena pastikan jentera turun beramai-ramai untuk bantu berkempen di PRN dan semoga Allah membantu kita memberi kekuatan dan yang paling penting, kita kena menang sebagai sebuah gerakan,” katanya pada sesi penggulungan ucapan dasar Presdein pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2024/2025, di Johor Bahru, hari ini.

Kongres itu dihadiri Anwar yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta barisan kepimpinan parti.

Baca artikel lain: Biro Politik PKR mesyuarat hujung bulan, tumpu PRN Sabah – Anwar

Dalam ucapan itu, Nurul Izzah turut menyentuh mengenai keperluan untuk perpaduan semula seluruh ahli parti selepas pemilihan selain menggesa supaya program membantu rakyat terus digerakkan.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas kongres, Nurul Izzah mengingatkan setiap calon yang bertanding pada pemilihan sebelum ini supaya terus mempertahankan semangat setia kawan.

“Pada semua yang bertanding, yang menang dan yang mungkin tidak menang kali ini, apa pun kita harus pertahankan dan jaga semangat setia kawan kita kerana itulah yang mendasari dan kami dalam konteks pimpinan PKR mahu menjadi mata-mata dan penyelenggara supaya sentiasa saling mengingatkan, sentiasa berpegang pada prinsip,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Malaysia tidak boleh bergantung kepada sistem pendidikan semata-mata – PM

MALAYSIA tidak boleh bergantung kepada sistem pendidikan semata-mata untuk melahirkan tenaga kerja masa hadapan yang benar-benar memenuhi tuntutan industri. Perdana...

More Articles Like This