MENTERI Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Timor-Leste, Bendito dos Santos Freitas, di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 hari ini.
Pertemuan itu merupakan langkah penting dalam memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Timor-Leste, sejajar dengan visi ASEAN untuk membentuk komuniti serantau yang lebih inklusif dan padu.
Difahamkan, perbincangan tertumpu kepada usaha mempertingkat hubungan dua hala serta mengulangi sokongan berterusan Malaysia terhadap aspirasi Timor-Leste untuk menjadi anggota penuh ASEAN.
Kedua-dua menteri turut meneroka potensi kerjasama, terutamanya dalam bidang pendidikan, pembangunan kapasiti dan kesalinghubungan serantau.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 berlangsung di bawah Kepengerusian Malaysia pada tahun ini yang bertema “Keterangkuman dan Kemampanan”.
Tahun ini merupakan kali kelima Malaysia mempengerusikan ASEAN, selepas memikul tanggungjawab itu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.
Sempena sidang kemuncak itu, dua sesi peringkat tinggi turut diadakan – Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Kedua dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang julung kali diadakan – sebagai platform strategik untuk memperkukuh kerjasama serantau dan antara rantau.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

