ISU-ISU perkembangan hubungan dua hala yang berterusan dalam antara yang dibincangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone.
Menurut Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, perbincangan itu dilakukan ketika beliau bersama Siphandone menghadiri mesyuarat terhad bagi kedua-dua pimpinan Malaysia serta Laos di Perdana Putra.
Katanya, antara topik yang disentuh adalah bidang perdagangan dan pelaburan, pertahanan, pendidikan, tenaga boleh diperbaharui, pengangkutan, pelancongan, pembinaan kapasiti, pertanian dan industri halal.
“Turut disentuh dan dibincangkan terkait peranan yang boleh dimainkan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN khususnya dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 bagi membawa rantau ini ke tahap lebih maju selain perkembangan terkait situasi di Myanmar dan status keanggotaan dan penyertaan Timor Leste dalam ASEAN,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, Siphandone dan isterinya, Vandara tiba di Malaysia hari ini untuk lawatan rasmi pertama beliau ke negara ini, menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan di Kuala Lumpur.
Pesawat khas yang membawa Siphandone, Vandara serta delegasi Laos tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 9.05 pagi dan ketibaan mereka disambut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Menurut Wisma Putra, ini merupakan lawatan pertama Siphandone ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Laos pada Disember 2022.
Usai tiba di Perdana Putra, Siphandone dan delegasi diberikan sambutan rasmi dan pemeriksaan pasukan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

