POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan penghargaan kepada semua pengamal media atas kerjasama berterusan dalam menyampaikan maklumat tepat dan sahih kepada masyarakat sekali gus memperkukuh keselamatan serta keharmonian negara.
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain berkata media massa menjadi entiti penting yang berperanan besar dalam menterjemahkan usaha pasukan itu memartabatkan keluhuran perlembagaan serta menguatkuasakan undang-undang secara adil kepada segenap lapisan masyarakat.
“Hubungan kerjasama yang utuh antara PDRM dan media berteraskan tanggungjawab bersama dalam menyampaikan informasi yang tepat dan telus demi menegakkan keadilan dalam apa jua keadaan.
“Media mempunyai ‘kuasa unik’ yang mampu mempengaruhi pemikiran serta memenangi hati masyarakat, menjadikan mereka rakan strategik dalam usaha memperkukuh keselamatan dan mengekang pengaruh negatif,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Apresiasi KPN bersama Media di Bukit Aman hari ini.
Baca artikel lain: Nurul Izzah berazam fokus rangka usaha perkukuh parti
Beliau berkata PDRM sentiasa mengiktiraf media sebagai penyampai maklumat dan suara rakyat, malah turut melihat mereka sebagai ‘pemerhati’ yang mampu memberi pandangan serta cadangan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan PDRM.
“Penugasan warga polis dan pengamal media berpaksikan kepada kepentingan keselamatan negara, keharmonian kaum serta perpaduan nasional secara inklusif.
“Justeru, penyaluran maklumat haruslah selaras dengan keperluan, hak asasi serta kepentingan masyarakat agar kita terus diyakini dan relevan,” katanya.
Beliau turut menyatakan komitmen PDRM untuk memperkukuh sinergi dengan pihak media, sejajar dengan semangat Dasar MADANI yang mendukung nilai hormat, ihsan, keterangkuman dan kesaksamaan dalam membangunkan negara yang mampan.
“PDRM terus mengambil pendekatan pragmatik dalam memperkukuh hubungan bersama media, sesuai dengan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’,” katanya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

