Persempadanan Selangor, Putrajaya dimuktamad akhir tahun ini – Amirudin

Dari Penulis

PROSES persempadanan antara Selangor dan Putrajaya dijangka dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata, bagaimanapun persempadanan antara Selangor dan Kuala Lumpur akan mengambil sedikit masa kerana melibatkan proses yang rumit.

“Setakat ini, proses persempadanan di Putrajaya hampir selesai (melibatkan) kawasan seperti Sepang dan Kuala Langat manakala bagi kawasan (berhampiran) Kuala Lumpur seperti Ampang dan Petaling Jaya akan mengambil sedikit masa lagi,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pertemuan delegasi yang diketuainya bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa di Menara Seri Wilayah, Putrajaya semalam.

Pada pertemuan itu, Dr Zaliha membangkitkan isu penyelesaian persempadanan antara Kuala Lumpur dan Selangor serta Putrajaya dan Selangor bagi memastikan penguatkuasaan sempadan lebih bersepadu dapat dijalankan.

Baca artikel lain: PKR perlu jadi teras kepada kerajaan – Amirudin

Sementara itu, Amirudin berkata dalam pertemuan itu, pihaknya juga memohon 10 peratus daripada kawasan tanah perkuburan Islam di Hulu Semenyih, Selangor yang dimiliki Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dibuka untuk pengebumian jenazah penduduk sekitar.

Beliau berkata menerusi usaha itu, ia diharap dapat menyelesaikan isu pengurusan tanah perkuburan di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan tetapi terletak berhampiran kawasan kediaman rakyat Selangor.

Semalam Dr Zaliha dilaporkan berkata pembukaan tanah perkuburan di Hulu Semenyih itu mampu menampung keperluan jenazah masyarakat Islam di Kuala Lumpur selama 28 tahun.

Sementara itu, Amirudin berkata cadangan untuk menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 tahun kepada 65 tahun masih di peringkat awal dan perkara berkenaan perlu diteliti dengan lebih lanjut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum ini mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 tahun kepada 65 tahun.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Surat bahasa Cina MBIP berlaku era PH, bukan pentadbiran sekarang – Exco

KERAJAAN Johor menegaskan isu surat rasmi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan Bahasa Cina dan kembali tular di...

More Articles Like This