Kedudukan Rafizi sebagai Menteri Ekonomi masih jadi tanda tanya

Dari Penulis

KEDUDUKAN Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dalam Kabinet masih menjadi tanda tanya susulan kegagalan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti baru-baru ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat berhubung perkara tersebut.

“Saya belum ada maklumat lanjut setakat ini, jadi kita perlu tunggu,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Google’s Project Sigma: Engaging Malaysian Gen Z for News, pada Selasa.

Dua minggu lalu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menyatakan kesediaannya untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi sekiranya tewas dalam pemilihan PKR pada Jumaat lepas.

Baca artikel lain: Tular ragut rantai warga emas, lelaki dicekup polis tak sampai 24 jam

“Kalau saya kalah, saya letak jawatan dan jadi ahli Parlimen biasa,” ujarnya.

Dalam pemilihan tersebut, Rafizi meraih 3,866 undi manakala pencabarnya, Nurul Izzah Anwar memperoleh 9,803 undi.

Terdahulu, kehadiran Rafizi dalam Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur – Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP–EAGA) ke-16 menarik perhatian petugas media.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi berkata, PKR masih belum menetapkan sebarang tarikh bagi mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This