Deklarasi ASEAN 2045: PETRA perluas skop kerjasama serantau bidang tenaga

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menyokong penuh Deklarasi Kuala Lumpur ASEAN 2045: Masa Depan Bersama dengan memperluas skop kerangka kerjasama serantau dalam bidang tenaga.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan PETRA sebagai agensi peneraju bagi pembangunan tenaga di rantau Asia Tenggara menyokong penuh deklarasi itu untuk merealisasikan Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, PETRA komited untuk memperkukuh kerjasama serantau dalam merealisasikan matlamat tersebut.

Menurut Fadillah, ia dapat dilakukan melalui pemuktamadan pelan tindakan dan kerangka strategik yang merupakan Hasil Ekonomi Keutamaan (PED), bagi menyokong peralihan tenaga yang adil dan berstruktur.

“Antara usaha penting ke arah mencapai matlamat tersebut termasuk pelaksanaan Rancangan Tindakan Kerjasama Tenaga ASEAN 2026–2030 (APAEC).

“Ia menjadi kerangka utama bagi menggariskan hala tuju jangka panjang dan inisiatif strategik ke arah sistem bekalan tenaga serantau yang berdaya harap, inklusif dan mapan menjelang 2045,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata, pelaksanaan Memorandum Kerjasama Grid Tenaga ASEAN (APG) juga akan dilaksanakan bagi membolehkan integrasi grid dan sambungan tara antara negara anggota ASEAN.

Katanya, memorandum kerjasama APG itu akan mempercepatkan integrasi sistem grid serantau bagi memudahkan perdagangan elektrik rentas sempadan dan menyokong penjanaan serta penggunaan tenaga boleh baharu secara lebih meluas.

Baca artikel lain: Indonesia sokong keanggotaan penuh Timor-Leste, Alu-alukan hasrat Papua New Guinea sertai ASEAN

Fadillah turut menjelaskan bahawa Perjanjian Paip Gas Rentas ASEAN (TAGP) dan Perjanjian Keselamatan Petroleum ASEAN (APSA) akan dijadikan asas kepada kerangka pembekalan bahan api gas asli dan petroleum untuk menyokong peralihan progresif kepada sistem tenaga rendah karbon, termasuk dalam sektor penjanaan elektrik.

“Melalui inisiatif dan program ini, PETRA komited menyokong aspirasi di bawah Deklarasi ASEAN 2045, termasuk usaha peralihan tenaga sebagai landasan strategik ke arah pembentukan Komuniti Ekonomi ASEAN yang lebih mampan, inklusif dan berdaya tahan.

“Komitmen ini juga selari dengan kerangka Malaysia MADANI yang menekankan kemampanan, kesejahteraan dan inovasi dalam pembangunan negara, selain memperkukuh kerjasama serantau demi manfaat bersama seluruh komuniti ASEAN,” katanya.

Semalam, para pemimpin Asia Tenggara menerima pakai Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045: Masa Depan Bersama, yang menjadi asas kepada hala tuju pembangunan dan kerjasama serantau bagi dua dekad akan datang.

Deklarasi yang diluluskan semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 itu turut melambangkan pencapaian penting dalam komitmen blok serantau tersebut untuk membina komuniti yang lebih berdaya tahan, inovatif, dinamik dan berorientasikan rakyat.

Menurut deklarasi itu, negara anggota ASEAN menegaskan semula tekad kolektif untuk memperkukuh kesatuan serantau, menggalakkan pembangunan inklusif dan mampan serta mempertingkatkan keupayaan institusi dalam bertindak balas secara berkesan terhadap trend mega semasa dan akan datang.

Dokumen tersebut turut menggambarkan ASEAN sebagai pusat pertumbuhan di rantau Indo-Pasifik, dengan penekanan terhadap perpaduan serantau, identiti bersama, dan akses yang adil kepada peluang ekonomi dalam kalangan penduduknya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This