Polis cekup lima lelaki curi kabel dalam kilang di Pandamaran

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

EMPAT lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga asing ditangkap Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas disyaki mencuri kabel-kabel di dalam kilang di Pulau Indah Industrial Park, Pandamaran, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Ramli Kasa berkata, pihaknya telah menerima satu laporan mengenai kejadian pencerobohan kilang tersebut pada jam 10.06 malam, hari kejadian.

“Anggota MPV telah sampai di lokasi yang dinyatakan oleh lelaki tersebut dan telah berjaya menangkap empat lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga asing serta merampas sebuah kereta jenis pickup bersama barang-barang yang disyaki dicuri ialah kabel-kabel dari kilang tersebut.

“Modus operandi yang dilakukan oleh suspek ialah dengan cara memotong mangga pintu pagar sebelum masuk ke kilang tersebut. Umur suspek antara 25 hingga 44 tahun di mana dua suspek yang ditangkap mempunyai sekurang-kurangnya enam rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan.

Ramli berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah masuk kilang dengan niat untuk mencuri yang memperuntukkan hukuman penjara selama 14 tahun.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dakwaan kapal terbang tersadai di tepi Sungai Kandis palsu

DAKWAAN kononnya sebuah kapal terbang telah tersadai berdekatan Sungai Kandis atau Sungai Klang di Seksyen 36, Shah Alam seperti...

More Articles Like This