Negara Asia Pasifik minat pelajari pengalaman Malaysia laksana JENDELA, 5G – Fahmi

Dari Penulis

BEBERAPA negara rantau Asia-Pasifik menyatakan minat untuk mempelajari pengalaman Malaysia dalam melaksanakan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) serta pembangunan rangkaian 5G, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, pertemuan dua hala bersama wakil beberapa negara rantau berkenaan sempena Asia-Pacific Telecommunity Ministerial Meeting (APT-MM) 2025 di Tokyo, turut membincangkan mengenai usaha menangani masalah penipuan (scam) serta jenayah dalam talian.

“Saya melihat banyak peluang untuk Malaysia menjalin kerjasama lebih erat dengan negara-negara serantau, termasuk dalam kalangan Asia-Pasifik, bagi kita mengadaptasi strategi terbaik yang telah mereka laksanakan.

“Pada masa sama, mereka juga boleh mempelajari daripada pengalaman Malaysia, khususnya dalam menambah baik infrastruktur menerusi program JENDELA dan pelaksanaan 5G,” katanya kepada Bernama di Tokyo, Jepun hari ini.

Baca artikel lain: Fahmi ucap takziah kepada keluarga pelakon sitkom Santan Berlada, Khairul Azhar

Terdahulu, Fahmi mengadakan perbincangan dua hala dengan Timbalan Perdana Menteri Republik Fiji, Manoa Seru Nakausabaria Kamikamica serta Menteri Penerangan dan Teknologi Komunikasi Iran, Dr Seyed Sattar Hashemi.

Fahmi mengetuai delegasi Malaysia ke APT-MM 2025 yang berlangsung dari 30 hingga 31 Mei, antara lain bertujuan memperkukuh kerjasama serantau dalam bidang telekomunikasi dan teknologi maklumat.

Menurut Fahmi, Malaysia mengiktiraf peranan penting Fiji membangunkan infrastruktur digital dalam kalangan negara Kepulauan Pasifik, dan menyambut baik peluang untuk memperkukuh kerjasama dua hala.

“Inisiatif transformasi digital Fiji juga amat progresif, termasuk pelaksanaan pendaftaran kelahiran secara dalam talian, penambahbaikan proses perniagaan, dan inovasi seperti M-PAiSA Mastercard.

“Malaysia turut menghargai sumbangan aktif Republik Islam Iran dalam APT, dan kedua-dua negara komited meneroka kerjasama lebih erat dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi,” katanya.

Bertemakan “Harnessing Emerging Technologies for Sustainable, Inclusive and Equitable Digital Transformation in the Asia-Pacific”, APT-MM 2025 menghimpunkan 31 negara anggota serta 19 ahli gabungan terdiri daripada pihak kerajaan, pihak pengawal selia dan agensi swasta dari rantau Asia-Pasifik.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This