TENGKU Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan peletakan semua jawatan dalam UMNO dan menyatakan hasrat untuk menyertai PKR.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu memaklumkan, surat peletakan jawatan beliau telah pun dihantar kepada pucuk pimpinan UMNO, hari ini.
Menurut Tengku Zafrul, peletakan jawatan itu melibatkan jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO.
Pada masa sama, beliau berkata, hasrat untuk menyertai PKR sudah pun dinyatakan kepada Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung, Dr Fuziah Salleh.
“Keputusan ini bukan sebuah keputusan yang mudah. Sebelum membuat keputusan ini, saya telah meminta nasihat dan pandangan daripada sahabat-sahabat saya dari dalam dan luar parti termasuk Presiden (UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi).
Baca artikel lain: Tengku Zafrul kini Presiden baharu BAM, mohon 100 hari sebelum bentang misi
“Saya telah mengambil masa yang agak panjang untuk memikirkan keputusan ini secara mendalam terutama kerana UMNO adalah satu-satunya parti politik yang saya pernah sertai, sejak tahun 1997 lagi.
“Akhirnya keputusan ini dibuat setelah bermuhasabah diri dan mengambil kira pelbagai faktor terutama faktor keserasian dan kesesuaian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul yang juga Presiden BAM memaklumkan akan mengikuti proses permohonan lazim untuk menjadi ahli PKR.
“Saya ingin mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan, penyokong dan ahli-ahli UMNO yang telah banyak memberi saya sokongan dan dorongan sepanjang saya aktif di dalam UMNO.
“Jasa anda tak mungkin akan terbalas dan akan saya kenang sampai bila-bila. Terima kasih,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

