Cuaca panas: Jemaah haji dilarang jalan kaki, keluar khemah ketika masyair

Dari Penulis

KERAJAAN Arab Saudi menerusi Kementerian Haji dan Umrah mengeluarkan larangan penuh kepada jemaah haji supaya tidak berjalan kaki dari Makkah ke Arafah serta tidak berada di luar khemah ketika masyair bagi musim haji 1446H/2025M disebabkan cuaca panas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata jemaah haji juga dilarang mengunjungi lokasi popular seperti Masjid Namirah dan Jabal Rahmah antara 10 pagi hingga 4 petang memandangkan waktu itu mencatat suhu paling panas dan boleh membahayakan kesihatan.

“Sebagai langkah alternatif, kerajaan Arab Saudi akan mempertingkatkan sistem pengangkutan bagi memastikan pergerakan jemaah di antara lokasi utama ibadah haji berjalan lancar dan selamat,” katanya kepada petugas media Malaysia selepas menghadiri Mesyuarat Bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi pada majlis Grand Hajj Symposium di Makkah, hari ini.

Operasi masyair ialah kemuncak keseluruhan operasi haji yang melibatkan pergerakan jemaah haji Malaysia ke Arafah, Muzdalifah dan Mina bagi tempoh lima hari bermula pada 8 hingga 13 Zulhijah untuk menyempurnakan ibadah rukun dan wajib haji.

Mohd Na’im berkata arahan terbaharu itu dikeluarkan bagi memastikan keselamatan jemaah haji tahun ini terjamin susulan amaran suhu panas ekstrem yang dijangka berlaku ketika kemuncak haji tahun ini.

Baca artikel lain: Jemaah disaran ulang kaji ilmu haji menjelang wukuf di Arafah

Beliau berkata Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah turut meminta semua Menteri Haji negara Islam agar mengingatkan jemaah masing-masing supaya tidak mendedahkan diri kepada risiko strok haba, khususnya sepanjang ibadah wukuf yang dijangka berlangsung dalam cuaca panas melampau.

Selain itu, Mohd Na’im berkata kerajaan Arab Saudi turut memperketat peraturan berkaitan pemakaian kad Nusuk, yang diwajibkan kepada semua jemaah haji bagi tujuan pengesahan identiti dan kawalan keselamatan.

“Kita dimaklumkan bahawa tiada jemaah akan dibenarkan masuk ke Masjidil Haram, Arafah, Muzdalifah mahupun Mina tanpa kad terbabit. Ia langkah kawalan keselamatan dan pengesahan identiti,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, tiada jemaah haji Malaysia dikesan berada di Tanah Suci tanpa permit sah untuk musim haji tahun ini.

“Perkara ini dimaklumkan hasil pemantauan dan semakan pihak berkuasa Arab Saudi termasuk operasi penguatkuasaan intensif oleh pasukan keselamatan mereka dan ini membuktikan tahap pematuhan tinggi dalam kalangan rakyat kita,” katanya.

Beliau mengulangi amaran bahawa pihak berkuasa keselamatan Arab Saudi akan bertindak tegas terhadap jemaah yang tidak memiliki kebenaran sah untuk menunaikan haji termasuk yang cuba berada di Tanah Suci tanpa permit.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Azam Baki kekal sah anggota Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

PUSAT Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) menegaskan kehadiran Tan Sri Azam Baki pada Mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC, 30 Jun...

More Articles Like This