MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini mengucapkan selamat ulang tahun ke-44 kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Fahmi mendoakan supaya FINAS terus menjadi tonggak utama dalam menperkasakan bakat, memperluas pasaran, dan memacu industri perfileman ke peringjat global.
“Lebih empat dekad mengangkat industri kreatif tanah air – daripada layar perak kepada skrin digital. Terima kasih atas komitmen dalam memartabatkan seni, budaya dan suara rakyat Malaysia melalui filem dan kandungan tempatan,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Malaysia, Indonesia setuju perkukuh kerjasama BERNAMA dan ANTARA – Fahmi
Sementara itu, Fahmi turut mengucapkan selamat ulang tahun ke-41 buat TV3.
Beliau berkata selama 41 tahun, TV3 menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia yang menyajikan berita, hiburan, drama dan pelbagai program berkualiti yang membentuk kenangan generasi demi generasi.
“Terima kasih atas dedikasi dalam menyampaikan informasi dan hiburan yang mendidik serta menyatukan kita semua.
“Semoga terus maju, relevan dan kekal sebagai pilihan masyarakat!” katanya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

