SERAMAI 279 warganegara asing dari Bangladesh, Pakistan dan India yang didapati tidak memenuhi syarat kemasukan ke Malaysia tidak dibenarkan masuk dan diarahkan pulang oleh Agensi Kawalan Pintu Sempadan (AKPS) KLIA.
AKPS dalam kenyataan hari ini memaklumkan, jumlah itu merupakan rekod harian tertinggi bagi kes Not-To-Land (NTL) sejak penubuhan Pasukan Pemantau KLIA pada 2023.
Menurut AKPS, trend kemasukan warganegara asing secara tidak sah ini dilihat semakin meningkat, khususnya ketika waktu kemuncak ketibaan dan musim cuti umum di Malaysia.
“Keadaan kesesakan dan aliran pelawat yang tinggi sering dimanipulasi oleh segelintir individu untuk menyelinap masuk dengan menyalahgunakan kemudahan kemasukan.
“Langkah pengusiran ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan AKPS dalam memperketat kawalan keselamatan sempadan, sekaligus memastikan hanya individu yang benar-benar layak dan memenuhi semua syarat sahaja dibenarkan memasuki negara ini,” jelas kenyataan itu.
AKPS menambah, semua individu terbabit telah diarahkan pulang ke negara asal masing-masing serta-merta, selepas proses dokumentasi dan semakan lanjut dijalankan oleh pegawai AKPS.
Jelas AKPS, sejak ditubuhkan, Pasukan Pemantau AKPS KLIA telah memberi impak positif dalam mempertingkat keberkesanan saringan awal serta pengesanan pelawat berisiko.
AKPS memaklumkan, kejayaan itu sekali lagi membuktikan komitmen AKPS dalam melaksanakan pemantauan secara tegas dan konsisten, demi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

