Malaysia sedia tawar bantuan pakar, latihan kepada Guinea-Bissau – PM

Dari Penulis

MALAYSIA bersedia menawarkan bantuan kepakaran dan latihan kepada Guinea-Bissau menerusi Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, program berkenaan akan diselaraskan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

“Hubungan kita dengan Guinea-Bissau sebelum ini boleh dikatakan agak sederhana, namun dengan lawatan ini, ia memberi makna lebih besar.

“Ini kerana Presiden (Jeneral Umaro Sissoco Embalo) membawa visi dan komitmen untuk menjadikan Malaysia sebagai pangkalan penting dalam mengembangkan hubungan dengan rantau ASEAN termasuk dalam aspek perdagangan, pelaburan dan kerjasama pelbagai bidang,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama sempena lawatan rasmi Embalo ke Malaysia di Bangunan Perdana Putra, hari ini.

Anwar berkata, kedua-dua negara turut menyentuh isu kerjasama dalam bidang halal, perbankan dan kewangan Islam, serta latihan teknikal dan pendidikan tinggi termasuk dalam bidang semikonduktor, teknologi makanan serta industri minyak dan gas.

Malah, beliau berharap Embalo dengan syarikat utama negara seperti PETRONAS dan Felda Global Ventures (FGV) dapat membuka potensi kerjasama dua hala dalam sektor minyak dan gas serta perladangan.

“Kita mahu kerjasama ini bukan terhad di peringkat nasional, sebaliknya menjadi batu loncatan untuk melebarkan hubungan di peringkat subrantau dan benua Afrika secara keseluruhan.

“Guinea-Bissau juga mempunyai hubungan baik dengan beberapa kuasa besar dunia termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE), Perancis, Russia dan Amerika Syarikat. Justeru, kerjasama dengan negara itu berpotensi memberi manfaat strategik kepada Malaysia,” katanya.

Perdana Menteri menyifatkan, kehadiran buat julung kali Presiden Guinea-Bissau sebagai langkah penting membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Sementara itu, Embalo berkata, Guinea-Bissau sedia mencontohi pengalaman Malaysia kerana jauh mendahului dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, kesihatan dan industri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This