Penganggur kelar isteri di Bukit Gambir didakwa membunuh

Dari Penulis

SEORANG penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Tangkak hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di Bukit Gambir dekat Tangkak awal Jun lepas. 

Mohamad Khairul Azmi Ithnin, 32, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Lee Kim Kiat.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh didakwa membunuh Iecah Junus, 34, di sebuah rumah di Taman Cahaya, Bukit Gambir antara pukul 3.30 petang hingga 5.30 petang pada 2 Jun lepas.

Pendakwaan itu dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. 

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Amirah Sapian memohon agar tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh kerana kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Amirah turut membuat permohonan di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah agar tertuduh dihantar ke Hospital Permai bagi menjalankan pemeriksaan.

Majistret kemudiannya membenarkan permohonan berkenaan dan menetapkan 8 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mengemukakan laporan patologi, toksiologi dan asid deoksiribonukleik (DNA).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib dalam kenyataan pagi ini memaklumkan tertuduh juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Muar hari ini mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api, membakar sembilan kenderaan di pekarangan rumah mentuanya di Kampung Pengkalan Kampung Durian Chondong dekat sini pada 3 Jun lepas. 

Suspek telah ditahan reman selama tujuh hari bermula 4 Jun lepas.–Bernama


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI komited pastikan setiap kerajaan negeri terima sokongan yang diperlukan – Saifuddin

KERAJAAN MADANI kekal komited memastikan setiap kerajaan negeri menerima sokongan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembangunan serta kesejahteraan rakyat. Menteri Dalam...

More Articles Like This