SISTEM Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) akan dirombak secara besar-besaran tidak lama lagi, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Beliau berkata, sistem berkenaan tidak efektif pada masa ini dan disifatkan sebagai gagal.
Loke berkata pemotongan mata demerit hanya akan dilakukan setelah pesalah trafik selesai membayar saman atau didakwa di mahkamah dan bukan bermula ketika mereka menerima notis saman.
“Sebagai Menteri Pengangkutan, saya mengakui sistem Kejara ini gagal sebab kita punya pendekatan salah.
Baca artikel lain: Kementerian Pengangkutan kuatkuasa Speed Limitation Device ke atas kenderaan perdagangan
“Sebab itu, saya katakan sistem ini memang perlu dirombak dan (kementerian) sedang melihat (pendekatan baharu) yang akan dilaksanakan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelaksanaan Penggunaan Speed Limitation Device (SLD) bagi kenderaan perdagangan di Scania (Malaysia) Sdn Bhd di Shah Alam, hari ini.
Sistem Kejara adalah suatu prosedur pemberian mata demerit kepada pemandu kenderaan motor yang melakukan kesalahan terjadual di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya.
Sebanyak 20 kesalahan yang dikenal pasti boleh menyebabkan kemalangan serius atau kemalangan maut dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain dimasukkan di dalam senarai kesalahan di bawah pelaksanaan sistem mata demerit itu.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

