PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penyediaan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk organisasi media di negara ini melaksanakan transformasi digital dan penggunaan teknologi baharu dalam penghasilan bahan kandungan.
Perdana Menteri berkata peruntukan itu sejajar dengan usaha memperkasa ekosistem dan kelangsungan media negara.
“Sepanjang ingatan saya sejak zaman merdeka, inilah peruntukan terbesar yang kerajaan beri kepada wartawan.
Baca artikel lain: Seorang maut, 2 cedera ditembak ketika makan di Brickfields
“Dengan bantuan dana kerajaan, dengan latihan, pendedahan kepada wartawan terutama yang muda, kita pastikan dunia wartawan tidak ketinggalan dalam usaha mengejar perubahan kecerdasan buatan (AI) di saming menjamin keseimbangan AI dan etika,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj merangkap Pengarah Projek HAWANA 2025 serta pengurusan tertinggi syarikat-syarikat media di negara ini.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

