Kemasukan bekas KP SPRM aset penting kepada UMNO – Puad

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

UMNO menyifatkan penyertaan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad ke dalam parti tersebut sebagai aset penting.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, ini khususnya dalam aspek semak dan imbang dalam isu perundangan, rasuah serta ketelusan.

“Kemasukan beliau mengikut proses biasa. Bukan rundingan orang atas. Beliau berhubung terus dengan ketua cawangan dan ketua bahagian. Dia masuk dari bawah. Bukan jadikan UMNO sebagai transit.

“Tidak ada permaidani merah. Tidak ada janji jawatan. Tidak ada gegak gempita. Tidak perlu ditayang atas pentas macam bekas Ketua Wanita UMNO Pasir Salak dan Annuar Musa masuk Pas.

Baca artikel lain: Penduduk Taman Seri Alam tuntut RM1.6 juta, dakwa kolam takungan pecah punca banjir

“Tetapi sudah tentu UMNO gembira dengan penyertaan beliau. Dia aset check and balance UMNO… Welcome aboard Tan Sri,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Kelmarin, Dzulkifli menyertai UMNO menerusi cawangan Merbau Kudong di bawah bahagian Tasek Gelugor.

Mengetuai SPRM dari Ogos 2016 hingga Mei 2018, Dzulkifli berkata beliau hanya menjadi ahli biasa tanpa sebarang perjanjian dengan rakyat atau pimpinan UMNO sendiri.

Katanya, beliau memilih UMNO kerana pernah menjadi dominan suatu ketika dahulu selain berhasrat membawa ‘nafas baharu’ untuk parti orang Melayu itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This