Puluhan penerbangan ke Bali dibatalkan susulan letusan Gunung Lewotobi

Dari Penulis

SEKURANG-kurangnya 32 penerbangan ke dan dari pulau peranginan Bali, Indonesia dibatalkan selepas Gunung Lewotobi Laki-Laki meletus dan memuntahkan awan abu tebal setinggi lebih 11 kilometer ke udara, menurut pegawai penerbangan dan bencana, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Letusan besar terbaharu itu berlaku pada waktu senja Selasa di daerah Flores Timur, di pulau Flores di timur Indonesia, sehingga mendorong pemindahan penduduk yang terdedah termasuk bayi dan warga emas dari kampung-kampung berhampiran.

Walaupun abu gunung berapi tidak sampai ke Bali, syarikat penerbangan tetap membatalkan penerbangan sebagai langkah berjaga-jaga susulan potensi risiko terhadap keselamatan penerbangan.

“Berdasarkan data setakat 9.30 pagi Rabu, sebanyak 17 penerbangan keluar dan 15 penerbangan masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai di Bali dibatalkan,” kata Wahyudi, pemangku pengurus besar pengendali lapangan terbang Angkasa Pura.

Menurut beliau, penerbangan keluar yang terjejas termasuk 12 laluan antarabangsa – antaranya ke Singapura, Melbourne, Brisbane, Adelaide, Sydney, Shanghai, Auckland dan Delhi – serta lima laluan domestik, terutamanya ke Labuan Bajo dan Semarang.

Penerbangan masuk dari destinasi sama turut dibatalkan.

Syarikat penerbangan menawarkan pilihan kepada penumpang termasuk bayaran balik penuh, penjadualan semula atau penukaran laluan, katanya.

Sekurang-kurangnya 10 orang terkorban selepas Gunung Lewotobi Laki-Laki yang berketinggian 1,584 meter dari paras laut itu meletus pada November tahun lepas.

Indonesia yang terletak di Lingkaran Api Pasifik mempunyai lebih daripada 120 gunung berapi aktif dan kerap mengalami aktiviti gunung berapi.

— BERNAMA-dpa

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This