SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited membanteras jenayah eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian melalui penguatkuasaan berterusan dan pendidikan kesedaran.
MCMC memaklumkan, sehingga 15 Jun 2025, sebanyak 1,501 kandungan jelik melibatkan kanak-kanak dikenal pasti, dengan 94 peratus (1,415 kandungan) berjaya diturunkan hasil kerjasama dengan penyedia platform digital dan aduan awam.
Katanya, pemantauan harian dan operasi seperti ‘Op Pedo’ yang dilaksanakan pada Disember 2024 turut membawa kepada penahanan 13 individu dan rampasan lebih 40,000 bahan CSAM dari beberapa negeri.
“Tindakan menyebar, menyimpan atau mengkomersialkan kandungan eksploitasi seksual kanak-kanak merupakan kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
“Sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda hingga RM1 juta, penjara lima tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan, hari ini,
Selain itu, perbuatan menghasilkan, menyebar, berkongsi, menjual, membeli, membuat capaian dan memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak juga merupakan kesalahan jenayah yang diperuntukkan di bawah Seksyen 5 hingga 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Sebagai pendekatan menyeluruh, MCMC turut mempergiatkan usaha kesedaran menerusi Kempen Internet Selamat (KIS) yang memfokuskan kalangan pelajar, ibu bapa dan juga komuniti.
Jelasnya, salah satu objektif kempen ini menekankan larangan pemilikan akaun sosial media oleh kanak-kanak yang berumur 13 tahun dan ke bawah.
“MCMC dan PDRM menyeru semua pihak termasuk ibu bapa, pendidik, pemimpin komuniti, pemilik platform dan pengguna Internet agar bersama membanteras eksploitasi seksual kanak-kanak.
“Setiap laporan awam akan membantu siasatan dan mencegah lebih banyak penganiayaan.
“Segera laporkan sebarang aktiviti dalam talian yang mencurigakan kepada MCMC melalui e-mel di [email protected], portal
https://aduan.mcmc.gov.my, atau terus ke balai polis berhampiran,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

