Program tuisyen percuma Negeri Sembilan dilancar, 18,000 tempat ditawarkan kepada calon SPM

Dari Penulis

USAHA memperkukuh pencapaian akademik pelajar sekolah menengah di Negeri Sembilan mendapat dorongan baharu dengan pelancaran Program Tuisyen Dalam Talian Percuma Negeri Sembilan, anjuran bersama Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Pihak Swasta Dalam Pendidikan (PIBKS) Negeri Sembilan dan Kolej UNITI Port Dickson.

Majlis pelancaran rasmi telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Dato’ Ismail Lasim dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Royale Chulan, Seremban.

Menurut Ismail, kerajaan negeri menyokong penuh inisiatif ini yang dilihat mampu memberi impak besar kepada usaha melonjakkan prestasi pendidikan anak-anak Negeri Sembilan.

“Kerajaan Negeri Sembilan amat menghargai komitmen yang ditunjukkan oleh Kolej UNITI dan PIBKS dalam menjayakan program tuisyen percuma ini. Inisiatif sebegini selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk memastikan tiada pelajar tercicir disebabkan faktor kewangan,” katanya.

Ismail (tengah) bergambar bersama pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Sembilan yang hadir pada majlis pelancaran Program Tuisyen Online Percuma Negeri Sembilan di Seremban.

Ujar Ismail, usaha murni dan kerjasama strategik Pibks dan Kolej UNITI Port Dickson wajar dicontohi kerana ia tidak berasaskan keuntungan sebaliknya bukti komitmen kedua-duanya pihak untuk mendokong usaha kerajaan dalam menggalakkan lepasan sekolah ke pendidikan tinggi.

Hadir sama pada majlis itu, Presiden Kumpulan Pendidikan UNITI, Jamal Mohd Amin, Pengerusi PIBKS Negeri Sembilan, Kameel Abdul Karim dan Ketua Pegawai Operasi Kolej UNITI, Hamdan Ikram.

Sementara itu, Jamal berkata, pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan PIBKS dalam menjayakan program berimpak tinggi ini.

“Kami percaya akses kepada pendidikan berkualiti tidak seharusnya bergantung kepada kemampuan kewangan. Justeru, program ini dibuka secara percuma kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Negeri Sembilan,” katanya.

Tambah beliau, pendaftaran akan dibuat melalui sekolah-sekolah menengah di seluruh Negeri Sembilan, dengan penyertaan dibuka kepada 18,000 pelajar pada fasa pertama. Pihak sekolah bertanggungjawab mendaftarkan nama pelajar yang berminat melalui PIBKS.

Program ini akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian dan dikendalikan oleh barisan guru berpengalaman, termasuk guru pakar mata pelajaran SPM daripada seluruh negara. Modul pembelajaran pula akan diselaraskan dengan format dan keperluan semasa peperiksaan kebangsaan.

“Program Tuisyen Percuma Negeri Sembilan bermula Julai ini merupakan kesinambungan kepada kejayaan Program Bengkel Teknik Menjawab Soalan SPM 2024 yang telah dilaksanakan sebelum ini di beberapa daerah terpilih.

“Program bengkel terdahulu itu telah ditaja sepenuhnya oleh Kolej UNITI dengan nilai tajaan sebanyak RM80,000 dan kita akan meneruskan program sama pada tahun ini dengan nilai tajaan sebanyak RM100,000,” katanya.

Katanya, pada tahun lalu sebanyak 14 buah sekolah di Negeri Sembilan telah terpilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran bengkel tersebut, dengan setiap sekolah menerima kehadiran kira-kira 200 pelajar daripada sekolah-sekolah sekitarnya.

Secara keseluruhan, program bengkel tersebut telah melibatkan 2,800 pelajar dan 58 buah sekolah dari pelbagai daerah di Negeri Sembilan, sekali gus membuktikan keperluan berterusan kepada program intervensi pendidikan yang sistematik dan inklusif.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ajinomoto kukuh komitmen gaya hidup sihat di NMM 2026

AJINOMOTO (Malaysia) Berhad memperkukuh komitmen dalam mempromosi pemakanan seimbang, gaya hidup aktif dan kesejahteraan masyarakat dengan sekali lagi tampil...

More Articles Like This