ReDI bantu peniaga luar bandar di Sabah, Sarawak celik digital

Dari Penulis

INISIATIF Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) kini diperluas ke kawasan luar bandar dan pedalaman di Borneo bagi memudahkan peniaga di Sabah dan Sarawak menjalankan operasi secara digital.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, langkah itu bertujuan memberi pendedahan kepada peniaga luar bandar mengenai pengoperasian perniagaan berkonsepkan digital.

“Program Kembara ReDI memfokuskan penggunaan kemudahan e-dompet dalam urusan transaksi pembelian dan mewujudkan ekosistem masyarakat tanpa tunai, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Dalam kembara ini, beberapa daerah akan menjadi ‘pit stop’. Cawangan-cawangan KPDN sentiasa digerakkan untuk mendaftarkan seramai mungkin peniaga, termasuk di kawasan pedalaman, asalkan terdapat kebolehsambungan di kawasan berkenaan.

“Jika ada kebolehsambungan, kita akan berusaha untuk mendaftarkan mereka dalam program ReDI,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan program kembara tersebut diadakan selama 10 hari dengan lokasi pertamanya di Sematan, Sarawak dan dijadualkan berakhir pada 5 Julai ini di Tawau.

“Inisiatif ReDI ini menawarkan pengurusan kewangan yang efisien, peluang perkembangan perniagaan, kepelbagaian pilihan pembayaran dan juga pengurusan inventori yang lebih berkesan yang boleh dimanfaatkan oleh peniaga.

“Usaha ini dilaksanakan melalui sokongan dan kerjasama rakan strategik seperti Bank Negara Malaysia, PayNet dan syarikat penyedia e-wallet yang berdaftar seperti Touch&Go e-wallet, GrabPay, ShopeePay, MAE Maybank, Boost dan SPay Global,” katanya.

Katanya lagi, sejak dilancarkan pada 27 Ogos 2022 sehingga 31 Mei 2025, KPDN telah membantu 22,368 peniaga untuk mendaftar dengan e-wallet di seluruh negara.

“Jumlah ini adalah melebihi sasaran 100 peratus iaitu 15,000 peniaga berdaftar menjelang tahun 2025 seperti yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

“Bermula 1 Januari sehingga 31 Mei 2025, jumlah peniaga berdaftar ReDI merekodkan jumlah keseluruhan seramai 3,229 peniaga di seluruh negara dan daripada jumlah ini, jumlah peniaga berdaftar bagi Sabah adalah 1,120 dan 1,799 bagi Sarawak.

“Jadi setakat lima hari Kembara ReDI Borneo 2025 ini dilaksanakan, jumlah peniaga berdaftar bagi negeri Sabah dan Sarawak adalah seramai 3,708 orang,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This