Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam kereta berkunci di Tasek Gelugor

Dari Penulis

SEORANG lelaki berusia 34 tahun ditemukan tidak bernyawa dalam sebuah kereta yang berkunci di belakang lot kedai Taman Ara Mutiara di Tasek Gelugor malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.50 malam sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian mendapati sebuah kereta jenis Mazda CX5 berada dalam keadaan enjin masih hidup.

“Pemeriksaan mendapati terdapat seorang lelaki berada di tempat duduk pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala pintu kereta berkunci,” katanya dalam kenyataan hari ini.

John berkata bomba bertindak membantu pihak polis membuka pintu kereta tersebut dengan menggunakan peralatan khas namun mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang turut berada di lokasi kejadian. 

Sementara itu, dalam satu lagi kes di Flat 100 Sungai Pinang dekat Jelutong, seorang lelaki warga emas turut ditemukan meninggal dunia dalam rumah yang berkunci.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan bagi membantu polis membuka pintu rumah tersebut pada 12.45 tengah malam dan tiba di lokasi enam minit kemudian.

“Pintu berjaya dibuka menggunakan peralatan khas dan menemukan seorang warga emas dalam rumah tersebut sebelum disahkan telah meninggal dunia oleh petugas kesihatan,” katanya.

John berkata kedua-dua kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hadi sahkan pertemuan pemimpin Pas dan UMNO, beri bayangan penyatuan parti politik Melayu

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan berlaku pertemuan antara pemimpin parti itu dengan UMNO, malam tadi. Ia susulan...

More Articles Like This