Lelaki maut Aruz jatuh gaung elak lori di Jalan Tapah – Cameron Highlands

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEORANG lelaki maut selepas kereta jenis Perodua Aruz yang dipandunya terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam tiga meter di Batu 21, Jalan Tapah – Cameron Highlands, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, lima lagi anggota keluarga lelaki tersebut turut cedera dalam kejadian itu.

Katanya, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada jam 10.43 malam tadi.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati kenderaan tersebut telah terjatuh ke dalam sungai yang cetek dan berada dalam keadaan terbalik.

“Terdapat enam orang mangsa yang menaiki kenderaan tersebut, lima orang mengalami kecederaan manakala pemandu yang berumur 44 tahun disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Sabarodzi berkata, mangsa yang cedera ialah seorang wanita berusia 48 tahun, dua remaja perempuan berusia 19 dan 17 tahun serta masing-masing seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia 9 dan 6 tahun.

Katanya, ketua operasi dimaklumkan bahawa kesemua mangsa sedang dalam perjalanan ke Cameron Highlands dari Kuala Lumpur bagi menziarahi ahli keluarga yang meninggal dunia.

Ketua operasi juga dimaklumkan bahawa kelima-lima mangsa yang cedera telah dikeluarkan oleh orang awam dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menerima rawatan manakala pemandu dilaporkan tersepit.

Menurutnya, mangsa dikatakan tidak sedarkan diri, dibawa naik ke atas dan diperiksa oleh pegawai perubatan KKM yang hadir.

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan KKM.

Mangsa yang cedera dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulans KKM manakala mayat mangsa diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi yang melibatkan 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dan Ringlet tamat jam 11.02 malam.

Video kemalangan yang berlaku itu turut tular di media sosial sejak malam tadi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mayat lelaki ditemukan terapung bawah jambatan di Kemaman

MAYAT seorang lelaki warga tempatan ditemukan terapung di bawah Jambatan Seberang Tayor, Kemaman, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan...

More Articles Like This