Peridangan Alamat Nasional 2025 rintis pelaksanaan sistem alamat negara yang bersepadu – MCMC

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PERSIDANGAN Alamat Nasional 2025 menjadi perintis kepada pelaksanaan sistem alamat negara yang bersepadu, jelas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

MCMC dalam kenyataan memaklumkan, persidangan itu menjadi landasan penting ke arah pelaksanaan menyeluruh Sistem Alamat Nasional (NAS) yang memberi fokus kepada dasar strategik dan amalan terbaik global dalam tadbir urus pengalamatan.

Menurut kenyataan itu, lebih 500 orang terdiri daripada sektor kerajaan, industri, akademia dan masyarakat sivil menyertai persidangan anjuran Kementerian Komunikasi yang berlangsung selama dua hari bermula 16 Julai.

“Selain sesi panel pakar dan pembentangan teknikal, turut dianjurkan pameran interaktif, sesi jaringan antara agensi dan perbincangan kolaboratif yang menyumbang kepada hala tuju bersama bagi masa depan pengurusan alamat di Malaysia.

“NAS menjadi platform untuk memulakan wacana peringkat nasional mengenai dasar, sistem dan tadbir urus berkaitan alamat di Malaysia; memperkukuh pengurusan alamat secara bersepadu di seluruh negara selain mengenal pasti penyelesaian inovatif berkaitan pengurusan alamat,” jelas kenyataan itu.

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil merasmikan persidangan tersebut.

MCMC menambah, Malaysia dianggarkan mempunyai lebih 12 juta alamat, namun masih tiada pangkalan data nasional yang seragam.

Jelas MCMC, ketidakseragaman data itu menjejaskan kecekapan perkhidmatan dan operasi, perancangan polisi, tindak balas kecemasan dan membawa kepada kebergantungan kepada teknologi luar.

MCMC memberitahu, NAS telah dikenal pasti sebagai salah satu pemacu utama dalam menyokong peralihan Malaysia ke arah ekonomi digital yang lebih menyeluruh dan berdaya saing, berpotensi menjadi satu asas kepada pembangunan bandar pintar serta membolehkan pelaksana sistem-sistem pintar seperti pengangkutan awam bersepadu, pengurusan tenaga yang cekap dan pelbagai perkidmatan automasi yang lain.

“Sistem ini dijangka membawa pelbagai manfaat nyata kepada rakyat, memperkukuh sektor-sektor berasaskan lokasi seperti e-dagang, logistik dan perkhidmatan kurier.

“Dengan penggunaan alamat dan lokasi koordinat yang tepat bagi setiap destinasi, penghantaran dapat dilaksanakan dengan lebih pantas, efisien, serta mengurangkan risiko kesilapan penghantaran,” jelas MCMC.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This