Pelaksanaan sepenuhnya gaji minimum RM1,700 sebulan berkuat kuasa mulai 1 Ogos ini

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PELAKSANAAN sepenuhnya Perintah Gaji Minimum (PGM) 2024 sebanyak RM1,700 sebulan akan berkuat kuasa mulai 1 Ogos ini kepada semua majikan di seluruh negara tanpa mengira bilangan pekerja yang digajikan.

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kadar baharu itu telah diumumkan dalam Belanjawan 2025 dan mula dilaksanakan pada 1 Februari lalu.

Jelas kenyataan itu, ia terpakai bagi majikan yang mempunyai lima pekerja dan ke atas serta bagi majikan yang menjalankan aktiviti profesional seperti diklasifikasikan di bawah Malaysia Standard Classification of Occupations (MASCO) 2020.

Kenyataan itu memaklumkan, bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima pekerja, satu tempoh penangguhan pelaksanaan selama enam bulan telah diberikan dan akan tamat pada 31 Julai ini.

“Ini bermakna, bermula 1 Ogos ini, semua majikan tanpa pengecualian, termasuk mereka yang sebelum ini menikmati tempoh penangguhan, perlu mematuhi perintah gaji minimum sebanyak RM1,700 sebulan.

“Ini termasuk untuk pekerja bukan warganegara dan pekerja kontrak perantisan, namun tidak terpakai kepada perkhidmat domestik. Semua majikan diwajibkan mematuhi kadar minimum ini bagi memastikan hak pekerja dilindungi selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa,” jelas KESUMA.

KESUMA menambah, semua majikan perlu menyemak semula struktur gaji syarikat bagi memastikan tiada pekerja menerima gaji pokok di bawah kadar minimum yang ditetapkan.

Selain itu, KESUMA memberitahu, majikan juga perlu membuat penyesuaian operasi secara progresif dengan member tumpuan kepada peningkatan produktiviti dan pelaburan dalam latihan kemahiran pekerja.

Tegas KESUMA, kegagalan mematuhi Perintah Gaji Minimum merupakan satu kesalahan di bawah, Aka Majlis Perundingan Gaji Negara 2011
[Akta 732].

“KESUMA turut menggalakkan majikan untuk memanfaatkan Dasar Gaji Progresif (DGP) yang bersifat sukarela dan bertindak sebagai pelengkap kepada pelaksanaan gaji minimum.

“Melalui DGP, majikan berpeluang meningkatkan pendapatan pekerja berdasarkan produktiviti, kemahiran dan sumbangan kerja, sambil menikmati insentif
tunai bersasar daripada kerajaan.

“Ini bukan sahaja membantu syarikat mengekalkan pekerja berkemahiran tinggi, malah turut mengukuhkan daya saing jangka panjang dalam pasaran buruh yang semakin mencabar,” jelas KESUMA.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This