USIA yang mencecah 100 tahun merupakan faktor utama Kabinet tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Tun Dr Mahathir dalam isu Pulau Batu Puteh, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar ketika menjawab ketika menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) di Dewan Rakyat, hari ini berkata, Kabinet juga mengambil kira status Dr Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri.
“Kita ambil keputusan ini kerana melibatkan mantan PM yang umurnya 100 tahun. Apakah dia tak salah (dalam isu Pulau Batu Puteh)? Dia salah.
“(Tapi) apakah kita perlu ambil tindakan? Saya dalam mesyuarat Kabinet, saya setuju tak ambil tindakan. Kalau ambil tindakan, anda, Kota Bharu (Takiyuddin) yang akan jerit kata kita tak adil,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

