PELANTIKAN hakim-hakim mahkamah atasan dilaksanakan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkuat kuasa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kriteria pemilihan bagi hakim mahkamah atasan termasuk Hakim Mahkamah Persekutuan adalah tertakluk kepada Perkara 123 Perlembagaan Persekutuan.
Kata beliau, perkara itu dinyatakan berdasarkan maklum balas daripada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).
Selain itu, Azalina berkata, Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695) turut memperincikan kriteria-kriteria pemilihan hakim mahkamah atasan seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 23 Akta 695.
“Bagi pelantikan dalam badan kehakiman, kerajaan melalui Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM) sedang melaksanakan kajian perbandingan berasaskan bukti terhadap model pelantikan kehakiman di negara lain seperti United Kingdom (UK), Singapura, Australia dan India.
“Kajian ini dilaksanakan secara inklusif melalui sesi libat urus.
Baca artikel lain: Calon Ketua Hakim Negara dikemukakan lebih awal, dapat perkenan Agong – Anwar
“Sesi tersebut dilaksanakan bersama Badan Kehakiman, Majlis Peguam Malaysia, ahli-ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang, institusi pengajian tinggi, pakar Perlembagaan Persekutuan, organisasi masyarakat sivil serta dengan penglibatan pandangan awam.
“Pendekatan ini bertujuan memastikan proses pelantikan dilaksanakan dengan lebih telus, bebas dan selaras dengan prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen.
Azalina menjawab soalan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) yang bertanyakan tentang kriteria semasa mempertimbangkan senarai calon hakim Mahkamah Persekutuan yang diserahkan Ketua Hakim Negara kepada Perdana Menteri.
Selain itu, Che Mohamad Zulkifly turut bertanya mekanisme bagi memastikan calon berkelayakan yang disenaraikan tidak digantikan dengan mudah oleh calon lain disebabkan campur tangan politik.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

