Shuhaily ketuai AKPS mulai 1 Julai, M Kumar ambil alih Pengarah JSJ Bukit Aman?

Dari Penulis

DATUK Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan bakal dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berkuat kuasa 1 Julai ini.

Memetik laporan BH Online, Mohd Shuhaily yang ketika ini memegang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sejak Ogos 2023 ditukarkan ke AKPS selama dua tahun sehingga 30 Jun 2027.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar dikatakan bakal mengambil alih jawatan Mohd Shuhaily sebagai Pengarah JSJ.

Arahan pertukaran itu telah dikesan tular dalam media sosial sejak malam tadi.

Mohd Shuhaily akan menggantikan Datuk Seri Hazani Ghazali yang bersara wajib pada Februari lalu.

Baca artikel lain: AKPS Klia arah 279 warga asing pulang, tidak penuhi syarat kemasukan ke Malaysia

Mohd Shuhaily mengesahkan menerima arahan pertukaran itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Beliau bagaimanapun meminta pihak media menunggu Majlis Serah Terima Tugas yang dijadual berlangsung pada hari Isnin ini.

Arahan pertukaran itu turut membabitkan dua lagi nama. Mereka ialah Superintendan William Anak Nobes yang ditukarkan daripada Superintendan Urus Setia (Dasar Strategik) Cawangan Khas Bukit Aman ke Superintendan Komunikasi Korporat Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat), Urus Setia Pejabat KPN Bukit Aman.

Selain itu, Superintendan Abd Rashid Abu Bakar ditukarkan daripada Superintendan Komunikasi Korporat Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat), Urus Setia Pejabat KPN Bukit Aman ke Superintendan Komunikasi Korporat (2) Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat), Urus Setia Pejabat KPN Bukit Aman.

Arahan itu bagaimanapun tidak menyatakan pelantikan untuk mengisi kekosongan jawatan Ketua Polis Johor susulan pertukaran M Kumar ke Bukit Aman.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This