Enam anggota polis disyaki minta, terima rasuah direman

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman enam anggota polis kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000 daripada seorang individu sebagai balasan tidak mengambil tindakan kesalahan memiliki air ketum.

Perintah reman selama tujuh hari sehingga 6 Ogos ini terhadap kesemua suspek dikeluarkan Majistret Khamisah Ismail selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Temerloh pagi tadi.

Menurut sumber, keenam-enam suspek lelaki berusia lingkungan 30 dan 50-an itu ditahan kira-kira pukul 9 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Temerloh.

Baca artikel lain: RM611 bilion untuk jayakan RMK13

“Kejadian bermula apabila kesemua suspek telah menahan lima orang individu dalam satu operasi di sekitar daerah Temerloh pada Mei lalu kerana disyaki melakukan kesalahan memiliki air ketum.

“Salah seorang suspak dipercayai telah menerima wang rasuah secara tunai daripada seorang individu yang bertindak sebagai orang tengah,” katanya.

Sementara itu Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This