Belum ada keputusan pelaksanaan, jenis teknologi nuklear dibangunkan negara – PETRA

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BELUM ada keputusan mengenai pelaksanaan, jenis teknologi atau kapasiti reaktor nuklear yang akan dibangunkan negara buat masa ini.

Ia susulan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Khamis lalu bahawa kerajaan sedang meneliti penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga bersih dan selamat.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam kenyataan memaklumkan, kerajaan sedang melaksanakan penilaian terancang bagi meneliti peranan tenaga nuklear.

Katanya, tenaga nuklear dijadikan pilihan sebagai salah satu sumber elektrik bersih, stabil dan berdaya saing dalam campuran tenaga negara pada masa hadapan.

Menurut PETRA, inisiatif tersebut mengambil kira keperluan untuk mempelbagaikan sumber tenaga, memperkukuh keselamatan tenaga jangka panjang, menyokong sasaran pengurangan pelepas karbon dan mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil.

Kementerian itu memberitahu, ia selaras dengan komitmen perubahan iklim negara dan peningkatan permintaan tenaga.

“Nuclear Energy Programme Implementing Organization (NEPIO), MyPOWER Corporation diberi tanggungjawab untuk menyelaras usaha persediaan berdasarkan garis panduan yang disyorkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

“Fasa persediaan ini dilaksanakan melalui koordinasi rangka kerja yang teratur menerusi mekanisme jawatankuasa teknikal merentasi kementerian dan jabatan atau agensi bagi memastikan pendekatan yang bersepadu dan menyeluruh di peringkat nasional.

“Pelaksanaannya akan berpandukan kepada IAEA Milestone Approach termasuk aspek pendirian negara, rangka kerja perundangan dan kawal selia, penglibatan pihak berkepentingan dan pembangunan sumber manusia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: RMK13: RM2 bilion untuk tebatan banjir di Kuching – Fadillah

Mengulas lanjut, PETRA memberitahu, keutamaan kerajaan pada masa ini adalah memastikan sebarang pertimbangan masa hadapan adalah berpaksikan analisis teknikal yang komprehensif.

Selain itu, ia juga perlu selaras dengan keutamaan pembangunan negara dan mematuhi obligasi antarabangsa.

“Ini juga sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI yang mengutamakan perancangan jangka panjang negara yang berasaskan ilmu, kemampanan sumber serta kesejahteraan rakyat dan generasi masa depan,” katanya.

Perdana Menteri ketika membentangkan RMK13 berkata, kerajaan sedang meneliti penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga bersih dan selamat.

Menurut dokumen utama RMK13, satu program pembangunan tenaga nuklear akan dilaksanakan dan dijangka mula beroperasi menjelang 2031.

MyPOWER Corporation akan menjadi agensi pelaksana yang bertanggungjawab mentadbir program tersebut mengikut peraturan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

MyPower juga akan bertanggungjawab menjalankan program komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam, serta mengurus pelaburan, penyelidikan dan pembangunan (R\&D), serta latihan kepakaran.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MCA tidak gentar lawan PH, PN di Johor – Ka Siong

MCA menegaskan parti itu tidak gentar berdepan Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) atau pertandingan pelbagai penjuru pada Pilihan...

More Articles Like This