TH ingatkan bakal jemaah haji bersedia dari segala aspek

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEMUA bakal jemaah haji termasuk yang sedang menunggu giliran bagi musim haji 1447H/2026M diingatkan supaya bersedia lebih awal daripada segala aspek.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Mustakim Mohamad berkata, semua bakal jemaah haji perlu mengemas kini rekod maklumat peribadi, kesihatan, kewangan, pengurusan diri dan penambahan ilmu berkaitan fardhu ain serta haji.

Jelas beliau, ibadah haji memerlukan persediaan yang amat rapi bagi memenuhi aspek kemampuan menunaikan Rukun Islam kelima itu (Istito’ah).

“Peringatan mesra daripada TH ini diharap dapat membantu bakal jemaah meningkatkan ketersediaan mereka untuk layak menjawab tawaran dan kemudian menunaikan ibadah haji dengan lancar bagi mendapatkan haji mabrur, insya-Allah.

“Giliran menunaikan haji boleh disemak di platform THiJARI atau di pejabat cawangan TH di seluruh negara.

“Langkah proaktif ini selari dengan usaha berterusan TH dalam mempertingkatkan perkhidmatan bagi manfaat jemaah haji Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel lain: Ramai jemaah haji pilih tolak bantuan subsidi haji – Mohd Na’im

Mengulas lanjut, Mustakim berkata, bakal haji juga perlu lulus pemeriksaan kesihatan seperti mana syarat menerima tawaran haji sebelum ini.

Menurut beliau, ibadah haji memerlukan jemaah berjalan dalam jarak yang jauh, mencecah 10 kilometer (km) sehari terutama apabila melakukan aktiviti melontar di Mina dalam cuaca tidak menentu.

Justeru, katanya, persediaan kesihatan fizikal secukupnya adalah amat penting kerana jemaah haji perlu berada di Arab Saudi dalam tempoh yang panjang dan akan melalui suasana berdebu dan cuaca yang panas.

Beliau berkata, makluman giliran haji yang lebih awal akan memberi bakal jemaah lebih masa membuat persediaan penjagaan kesihatan seperti aktiviti senaman untuk meningkatkan daya ketahanan badan di samping pemeriksaan kesihatan kendiri bagi menangani keadaan penyakit sedia ada.

“Bakal jemaah juga disarankan terus meningkatkan simpanan di TH bagi mencukupkan wang belanja haji yang dijangka meningkat dari tahun ke tahun.

“TH juga menyeru bakal-bakal haji untuk menyimpan di TH secara berkala serta merangka perancangan kewangan sebaiknya untuk mencukupkan simpanan menjelang tiba tempoh giliran nanti,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Jika kita terus bersatu, keyakinan akan kembali memihak UMNO, BN’

AHLI, seluruh jentera dan saf kepimpinan UMNO serta Barisan Nasional (BN) perlu terus bersatu padu, ikhlas berkhidmat dan tidak...

More Articles Like This