RAKYAT Malaysia seluruh negara dijemput hadir dalam Majlis Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza sebagai tanda sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin yang berlangsung di Dataran Merdeka pada 23 Ogos ini.
Majlis tersebut yang diadakan bermula pukul 6.30 petang hingga 11.30 malam itu bersempena Karnival Sumud Nusantara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menyifatkan kehadiran rakyat Malaysia ke majlis tersebut sebagai tanda cinta, doa dan solidariti buat saudara seagama di Palestin.
“Ayuh, rakyat Malaysia, kita himpunkan hati-hati yang cintakan kebenaran, satukan suara-suara yang mendamba keadilan.
Baca artikel lain: Pendirian Malaysia mengenai Palestin tidak berubah – Fahmi
“Mari kita berdiri sebaris, sejiwa dan sepadu dalam Majlis Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza.
“Kehadiran anda bukan sekadar langkah menuju Dataran Merdeka tetapi langkah menuju persaudaraan sejagat dan bukti bahawa Palestin sentiasa hidup di hati kita.
“Marilah kita zahirkan kasih sayang, keberanian dan tekad, agar dunia mengerti bahawa umat ini tidak pernah berpaling daripada nasib saudaranya,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

