PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk memastikan siasatan kes serangan anak bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli berjalan dengan telus dan dengan kadar segera.
Tegas Perdana Menteri, insiden serangan itu adalah satu percubaan jahat dan khianat terhadap Rafizi.
“Kita masih belum reda dari gejala buli di sekolah, muncul pula satu lagi tindakan yang sangat dikesalkan. Mutakhir adalah percubaan jahat dan khianat terhadap anakanda saudara Rafizi.
“Saya telah menghubungi Saifuddin Nasution bagi memastikan siasatan telus dan segera. Mendoakan kesejahteraan yang terbaik buat saudara Rafizi serta keluarga,” katanya dalam kenyataa.
Terdahulu, Rafizi mengesahkan insiden seorang daripada anaknya diserang secara tiba-tiba di sebuah pusat membeli-belah di Putrajaya, 1.45 petang tadi.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kejadian berlaku apabila anak dan isterinya itu memasuki kereta untuk meninggalkan pusat membeli-belah tersebut sebelum didatangi seorang lelaki yang mengheret anaknya dan mencucuknya dengan jarum suntikan.
Menurut Rafizi, semakan menunjukkan dua orang lelaki yang menaiki sebuah motosikal telah mengekori kereta isterinya dan beliau percaya serangan itu telah dirancang lebih awal.
“Serangan itu melibatkan dua orang lelaki yang berpakaian hitam sepenuhnya dan bertopi keledar yang menutup muka keseluruhannya. Mereka telah menunggu lebih awal dan bergegas menyerang anak saya pada ketika yang sesuai,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

