Bendera terbalik: Ketua Polis Negara nasihat batalkan himpunan di Kepala Batas

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEMUA pihak terlibat mengadakan himpunan di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang, hari ini susulan isu bendera Jalur Gemilang dipasang terbalik dinasihat supaya membatalkan hasrat tersebut.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, saranan itu demi memastikan keselamatan masyarakat setempat terpelihara serta mengelakkan sebarang bentuk pertembungan tidak sihat antara kumpulan bertentangan.

Menurut beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius setiap isu yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

“Sehubungan itu, PDRM mengambil maklum berhubung perhimpunan yang akan diadakan di Bertam, Kepala Batas, hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Khalid memaklumkan, sebanyak 38 laporan telah diterima di seluruh negara berhubung isu pengibaran Jalur Gemilang secara terbalik yang tular di media sosial.

Baca artikel lain: Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, akan dikenakan tindakan – Pengarah JSJ

Beliau memberitahu, 17 laporan tersebut telah diterima di Pulau Pinang manakala bakinya di negeri-negeri lain.

Katanya, siasatan tersebut merangkumi tindakan terhadap individu yang merakam dan menyebarkan rakaman tersebut di bawah peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kertas siasatan telah dikemukakan kepada pejabat pendakwa raya, Pulau Pinang pada 11 Ogos lalu dan kini sedang dalam penelitian pihak berkenaan.

“PDRM sentiasa komited untuk melaksanakan siasatan secara telus, berintegriti dan mengikut peruntukan undang-undang demi memelihara keamanan serta keharmonian masyarakat.

“Orang ramai dinasihati agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan, sebaliknya terus menyalurkan maklumat yang sahih kepada pihak polis,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Mohd Hilmi Elias mengesahkan satu perhimpunan akan diadakan di Bertam, Kepala Batas hari ini sebagai maklum balas kepada kesediaan DAP menyambut kehadiran mereka dengan pengedaran 831 helai Jalur Gemilang.

Beliau berkata, program itu yang dijadualkan pada jam 5.30 petang akan turut disertai Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.

Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut mengesahkan bersama-sama Pemuda UMNO sebagai solidariti mempertahankan maruah Jalur Gemilang.

Ketua Armada Bersatu, Hilman Idham menegaskan, keputusan itu diambil atas semangat solidariti rakyat merentasi politik kepartian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This