KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) teah meluluskan sebanyak 17,385 permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan sejak daripada 1 Januari 2023 sehingga 30 Jun tahun ini.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jumlah itu adalah daripada 22,735 permohonan yang dipertimbangkan oleh KDN sebelum ini.
“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 77.7 peratus permohonan telah diberi keputusan lulus, manakala selebihnya iaitu 22.3 peratus permohonan telah diberi keputusan tolak.
“Kerajaan akan terus komited untuk menyelesaikan permohonan dan memastikan proses pertimbangan permohonan kewarganega raan dilaksanakan secara telus, adil dan berpandukan undang-undang yang berkuatkuasa,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen, hari ini.
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse yang mahu Menteri Dalam Negeri menyatakan berapa permohonan kewarganegaraan dibawah perkara 15A Perlembagaan Persekutuan telah dipertimbangkan oleh Kerajaan MADANI dan daripada jumlah tersebut berapa telah diluluskan oleh Kementerian sehingga 30 Jun 2025.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

