Insentif berasaskan prestasi kepada anggota lain pangkat diperluas – Perdana Menteri

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju insentif berasaskan prestasi (BIPs) kepada Anggota Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diperluaskan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, hal itu memandangkan pemberian BIPs yang diberikan ketika ini terhad sehingga Pegawai Waran II Setaraf (Gred Z6) dan Pegawai Waran I Setaraf (Gred Z7) sahaja.

Jelas Anwar, insentif itu akan membabitkan mereka yang memenuhi tempoh perkhidmatan enam tahun di gred semasa.

“Tempoh perkhidmatan yang melayakkan insentif BIPs bagi anggota lain-lain pangkat ATM bagi Gred Z4 hingga Z7 dipendekkan kepada empat tahun daripada enam tahun.

“Insentif ini akan memberi faedah kepada 3,789 anggota dengan implikasi sebanyak RM6.47 juta setahun dan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026,” katanya pada Majlis amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) XX, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Turut hadir, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga bersetuju untuk memberi insentif kewangan berjumlah lebih RM75 juta kepada penjawat awam yang mengambil inisiatif untuk melanjutkan pelajaran atas perbelanjaan sendiri.

Menurut Anwar, insentif itu akan memberi manfaat kepada lebih 91,000 penjawat awam dengan mereka yang menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) akan menerima RM1,250, diikuti RM1,000 untuk peringkat sarjana dan RM750 untuk peringkat ijazah sarjana muda.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This