Lebih 300 maut hujan lebat, banjir kilat di Pakistan

Dari Penulis

LEBIH 300 individu telah disahkan maut susulan hujan lebat dan banjir kilat yang melanda kawasan barat laut Pakistan selama dua hari.

Memetik laporan Reuters, hujan lebat yang melanda bahagian utara pergunungan wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan telah mengakibatkan banjir besar dan tanah runtuh paling dahsyat dalam musim tengkujuh tahun ini.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Wilayah Pakistan mengesahkan seramai 307 individu telah disahkan maut sehingga semalam dengan lebih ramai hilang.

Sebahagian daripada negara jiran Pakistan iaitu India dan Nepal turut dilanda hujan lebat dan insiden banjir sepanjang minggu ini.

Di daerah Bajaur yang bersempadan dengan Afghanistan, guruh kuat pada malam Khamis telah mengejutkan Saeedullah yang ketika itu sedang tidur di halaman rumah.

Dia kemudiannya bergegas untuk mengejutkan ahli keluarga yang lain apabila mendapati bumbung rumahnya telah pun runtuh.

Baca artikel lain: RMK13: RM2 bilion untuk tebatan banjir di Kuching – Fadillah

Bagaimanapun, isteri dan lima orang anaknya tidak dapat diselamatkan.

Dengan bantuan jiran, dia menggali runtuhan dan menemukan mayat isteri serta lima orang anaknya.

Daerah Buner, kira-kira tiga jam setengah dari Islamabad, mencatatkan 184 kematian, dengan rumah, ladang dan jalan raya musnah dilanda arus deras.

Di kawasan ini, 93 mayat telah ditemui, termasuk wanita dan kanak-kanak yang terperangkap dalam air banjir.

Jurucakap penyelamat Pakistan, Bilal Faizi memaklumkan, jumlah kematian dijangka meningkatkan apabila lebih ramai mayat dikeluarkan daripada runtuhan kediaman.

“Hujan lebat telah mengakibatkan aliran air deras ke arah perkampungan yang berada di bawah kawasan pergunungan. Tiada masa untuk sesiapa bertindak pantas,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This