Ketua perantara rundingan damai AS-Iran kini di Teheran

Dari Penulis

PEGAWAI Iran dan Ketua Tentera Pakistan, Asim Munir akan mengadakan rundingan di Teheran hari ini bagi membincangkan mesej disampaikan di antara Teheran dan Washington sejak rundingan di Pakistan Ahad lalu gagal.

Media rasmi Iran, Tasnim memaklumkan Asim yang merupakan perantara utama di antara AS dan Iran terbang ke Teheran pada Rabu dan bertemu dengan Menteri Luar, Abbas Araghchi.

Tentera Pakistan sebelum ini berkata, delegasi Pakistan yang diketuai oleh Asim membawa mesej dari Washington.

Sementara itu, Araghchi ‘sangat gembira’ mengalu-alukan Asim ke Iran dalam mesej yang dikeluarkan selepas mesyuarat berkenaan, di mana beliau mengesahkan komitmen Iran untuk mempromosikan keamanan dan kestabilan di rantau ini.

Iran telah bertukar-tukar mesej dengan AS melalui Pakistan, di tengah desakan diplomatik yang lebih luas untuk rundingan pusingan kedua antara Teheran dan Washington.

Pada masa sama, Jurucakap Rumah Putih yakin rundingan berterusan antara AS dan Iran yang mungkin akan diadakan semula di ibu negara Pakistan, Islamabad.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Puad dakwa UMNO amal budaya kronisme dalam memilih calon

BEKAS Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mendakwa amalan memilih calon berdasarkan kelompok, kroni...

More Articles Like This