Komunikasi warga Pakistan lolos disekat, dipercayai masih di Sungai Buloh

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KOMUNIKASI seorang lelaki warga Pakistan yang melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh, Khamis lalu telah disekat pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar memaklumkan, sekatan komunikasi itu penting dalam usaha pihaknya mengesan suspek.

Pada masa sama, kata beliau, pihak polis percaya warga Pakistan itu masih berada di sekitar kawasan Sungai Buloh.

Shazeli memberitahu, operasi memburu suspek terus giat dilaksanakan dengan penglibatan pelbagai unit.

“Rakaman percakapan juga sudah diambil membabitkan pelbagai pihak antaranya polis, Jabatan Penjara dan tahanan polis yang menjadi saksi kepada kejadian itu.

“Kita juga percaya suspek belum berhubung dengan rakan dan bersendirian ketika ini,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Sementara itu, Shazeli berkata, pihaknya juga telah membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti sebarang kelemahan atau ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) yang mengakibatkan suspek terlepas daripada tahanan.

Katanya, kertas siasatan itu dibuka mengikut Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan.

“Polis membuka kertas siasatan bagi memastikan sebarang kelemahan atau ketidakpatuhan pada SOP mengikut Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan.

“Kita akan meneliti sebarang kecuaian ataupun kelemahan dan tindakan sewajarnya akan diambil,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor dilaporkan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang Khamis lalu ketika proses menghantar tahanan reman ke Penjara Sungai Buloh oleh Cawangan Pengawal Pengiring Shah Alam.

Sebaik tiba di padang kawad Penjara Sungai Buloh, suspek meloloskan diri ketika turun dari kenderaan polis.

Pada hari kejadian, tahanan reman itu baru selesai menjalani prosiding perbicaraan di Mahkamah Shah Alam berkaitan kes seksual terhadap kanak-kanak, rompakan dan kesalahan imigresen.

Suspek dikenali sebagai Muhammad Hassan, 24, dan kali terakhir dilihat memakai kemeja-T berwarna oren serta seluar panjang hitam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This