TIADA kompromi terhadap salah laku buli di semua institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM).
Perkara itu ditegaskan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek susulan satu insiden buli melibatkan pelajar Tahun Empat di Johor yang dilaporkan media, semalam.
Sehubungan itu, Fadhlina menggesa supaya siasatan kes tersebut disegerakan dengan tindakan sewajarnya dapat diambil.
“Saya mengambil serius kejadian buli melibatkan seorang murid yang berlaku di Johor seperti yang dilaporkan oleh media.
“Ia mesti dikendalikan dengan adil dan telus berdasar kepada garis panduan yang telah ditetapkan,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Mengulas lanjut, Fadhlina memberitahu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor telah menziarahi murid berkenaan yang kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.
“Siasatan sedang berjalan. Saya doakan semoga anak ini diberi kesembuhan segera,” katanya.
Baca artikel lain: Kerajaan pindaan Kanun Keseksaan takrif buli sebagai jenayah – Fahmi
Semalam, media melaporkan seorang murid lelaki berusia 10 tahun yang juga pesakit kanser hidung kini menderita akibat gegaran otak selepas didakwa menjadi mangsa buli di sebuah sekolah agama di Johor Bahru, Februari lalu.
Ibunya Siti Suhana Misdi, 39, tahun mengakui turut kesal apabila pelaku berusia 12 tahun itu difahamkan tidak dikenakan tindakan sewajarnya dengan alasan masih di bawah umur.
Menurut wanita itu, dalam kejadian pada jam 5 petang, 21 Februari lalu, anak lelakinya itu dipukul, ditendang, dihentak kepala serta dipaksa berbogel oleh murid Darjah Enam terbabit.
Katanya, perbuatan itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati pelaku terhadap kakak mangsa yang menolak cintanya.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor Aznan Tamin berkata, pihaknya dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor sedang mengambil tindakan lanjut berhubung pengaduan itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

